My Add

Sunday 20 April 2014

Tunku Ismail sedia undur diri

Oleh NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU, AHAD, 20 April, 2014: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ekoran pelbagai kenyataan berbaur ugutan oleh penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang enggan menonton perlawanan dipercayai ada kaitan dengan isu-isu terkini membabitkan pasukan tersebut.

"Kepada anda yang begitu mudah sangat mengugut untuk mengosongkan stadium, apa yang anda katakan telah menunjukkan kepada saya bahawa anda jelas kurang keyakinan dengan pentadbiran saya selaku Presiden PBNJ.

"Maka dengan itu, saya tidak teragak-agak untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada mana-mana individu yang anda fikirkan layak," katanya dalam satu kenyataan yang diposkan di dalam laman sosial, Facebook rasmi pasukan JDT dan JDT II hari ini.

Dalam kenyataan itu, Tunku Ismail turut menyeru para penyokong supaya bersyukur dengan pasukan bola sepak yang telah dibentuk sekarang termasuk barisan pemain, jurulatih dan penaja pasukan yang membuatkan mereka mampu bersaing.

"Perlu juga dilihat dari sudut yang positif dan usah hanya memandang kepada yang negatif, lakaran tiga kemenangan berturut-turut telah memberikan nafas baharu untuk kita terus bersaing.

"Kita juga harus menjadi contoh sebagai sebuah persatuan bola sepak yang profesional di Malaysia khususnya," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment