Malaysia negara kelapan laksana sistem RDA perpustakaan
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 April, 2014: Malaysia menjadi negara kelapan di dunia melaksanakan sistem pengaksesan sumber maklumat secara digital, "Resource Description and Access"(RDA) di perpustakaan".
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, standard pengkatalogan kebangsaan itu yang dilaksana di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan satu transformasi baharu yang membolehkan pendokumentasian menjadi lebih mudah dan pantas serta memenuhi keperluan dunia teknologi kini.
"Selain PNM, sebanyak tujuh buah perpustakaan di seluruh dunia telah menggunakan standard RDA iaitu Library of Congress, National Agricultural Library, National Library of Medicine, Amerika Syarikat; British Library; Library and Archives of Canada; National Library Board of Singapore; dan National Library of Australia.
"Pelaksanaan RDA menjadikan PNM berdiri sama tinggi dengan negara maju lain di dunia ke arah menjadi pusat globalisasi pembelajaran sepanjang hayat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan RDA di PNM di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment