My Add

Thursday, 3 April 2014

Pelatih pusat serenti dipenjara kerana merusuh

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 April, 2014: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara di antara tujuh tahun dan 10 tahun serta denda berjumlah RM20,000 terhadap lima lelaki atas kesalahan merusuh dengan membakar tujuh blok bangunan sebuah pusat serenti, hampir lima tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas kelima-limanya menarik balik rayuan masing-masing.

Mereka yang ketika itu merupakan pelatih di pusat berkenaan dikenali sebagai J.R. Murugesan, 33, S. Kumaradevan, 37, I. Subramaniam, 32, V. Sivasangar, 42, dan Megat Jamaluddin Megat Wazir, 53. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment