My Add

Saturday, 5 April 2014

Malaysia telah lakukan yang terbaik - Menteri Pertahanan ASEAN

HONOLULU, JUMAAT, 04 April, 2014: Menteri-menteri pertahanan ASEAN berkata, Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan situasi kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan usaha seterusnya untuk mencari pesawat yang hilang.

"Kami percaya Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini melihat semata-mata kepada skala operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terbesar dan paling kompleks pernah kami lihat," kata mereka.

Menteri-menteri berkenaan menegaskan perpaduan negara ASEAN kekal kukuh dan 10 negara anggota kumpulan negara Asia Tenggara benar-benar komited untuk membantu Malaysia dalam menyelaraskan operasi besar-besaran SAR bagi mengesan MH370.

"Kami penuh berazam untuk mencari penyelesaian kepada bab tragis dalam sejarah penerbangan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama mengenai MH370 yang dikeluarkan di sini, tempat mereka berkumpul untuk Forum Pertahanan Amerika Syarikat-ASEAN yang diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment