My Add

Saturday, 5 April 2014

4 pesawat awam sertai misi pencarian MH370

SYDNEY, JUMAAT, 04 April, 2014: Empat pesawat awam hari ini menyertai 10 pesawat tentera dalam operasi pencarian kapal terbang Malaysia Airlines MH370.

Tiga daripada pesawat awam itu yang membawa pasukan sukarelawan ditugaskan sebagai pemerhati udara manakala sebuah lagi pesawat bertindak sebagai penyampai komunikasi, menurut Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC).

Operasi yang membabitkan pelbagai negara di Lautan Hindi diteruskan pada hari ke-18 merangkumi kawasan seluas 217,000 kilometer persegi. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment