My Add

Thursday 17 April 2014

MERS-Cov: 64 penduduk Kampung Bintang dikuarantin

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

BATU PAHAT, KHAMIS, 17 April, 2014: Seramai 64 penduduk Kampung Bintang dekat sini dikuarantin seminggu di rumah masing-masing berikutan mengalami tanda-tanda awal Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah tersebut adalah daripada 100 penduduk yang telah membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-Cov di kampung itu.

"Pusat itu dibuka berikutan kematian seorang penduduk yang baru pulang daripada mengerjakan umrah dan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan MERS-Cov.

"Ini kes pertama di negara ini dan kita memandang serius dengan mengambil tindakan membuka pusat pemeriksaan khas agar penyakit ini tidak merebak," katanya selepas meninjau pusat pemeriksaan terbabit sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment