My Add

Thursday 17 April 2014

Nik Aziz terkilan Karpal tidak sempat fahami hudud

Oleh ZAAIN ZIN

KOTA BHARU, KHAMIS, 17 April, 2014: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan kerana bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang maut dalam kemalangan awal pagi ini, tidak sempat memahami hukum hudud dengan lebih mendalam.

Bekas Menteri Besar itu berkata, Karpal selama ini bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular kerana beliau sememangnya seorang pakar perundangan yang arif dalam perkara berkaitan Perlembagaan.

"Mendiang seorang individu yang benar-benar bergantung kepada prinsip tetapi masalahnya, beliau tidak didampingi oleh kawan-kawan kita yang beragama Islam lebih awal.

"Sekiranya ada taklimat dalam kalangan rakan pakatan, antara Pas dengan Karpal mengenai hudud, boleh jadi fikiran mendiang berubah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya yang terletak di Institut Pemikiran Tok Guru, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment