My Add

Friday 18 April 2014

MH370: Hishammuddin terima kunjungan Gabenor Guangdong

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 April, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima kunjungan delegasi China diketuai Gabenor Wilayah Guangdong, Hu Chunhua di ibu negara petang ini.

Pertemuan yang berlangsung di Hotel Shang Ri-La adalah bagi membincangkan hubungan kedua-dua negara berikutan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Terdahulu, Chunhua bersama rombongan menghadiri Persidangan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia-China (Guangdong) yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment