My Add

Friday 18 April 2014

Wanita ditahan seludup dadah untuk anak di mahkamah

BALIK PULAU, JUMAAT, 18 April, 2014: Seorang wanita ditahan kerana cuba menyeludup dadah jenis heroin untuk anak lelakinya di dalam galeri awam Mahkamah Majistret di sini semalam.

Dadah seberat 9.4 gram itu dibalut di dalam gulungan tembakau dan dibungkus di dalam plastik hitam sebelum diserahkan kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhkan hukuman atas pertuduhan memiliki dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Nor Salawati Saad berkata, perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari seorang anggota polis yang mengiringi anaknya turun dari kandang tertuduh ke lokap sementara mahkamah di aras bawah pada pukul 11.15 pagi.

"Wanita itu ditahan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment