Daripada RAMLI ABDUL KARIM
HANOI, JUMAAT, 4 Mac, 2014: Malaysia hari ini secara rasmi menyampaikan ucapan penghargaan kepada kerajaan Vietnam atas bantuan pihak berkuasa negara itu dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
Ucapan tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakan sejawatnya, Nguyen Tan Dung semasa kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri Vietnam itu di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar bersama kedua-dua perdana menteri berkenaan selepas berakhirnya mesyuarat hubungan dua hala Malaysia-Vietnam, Najib berkata:
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Vietnam atas bantuan dalam misi SAR (mencari dan menyelamat) pesawat MAS MH370 baru-baru ini."
Terdahulu, dalam sidang akhbar yang sama, Tan Dung melahirkan rasa simpati kerajaan dan rakyat Vietnam atas insiden kehilangan MH370 dan berharap usaha mencari pesawat itu akan berjaya. - UTUSAN ONLINE
![]() |
* NAJIB Tun Razak memberi kenyataan dalam sidang akhbar bersama Nguyen Tan Dung (kanan) di Pejabat Perdana Menteri Vietnam itu di Hanoi, hari ini. |
Ucapan tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakan sejawatnya, Nguyen Tan Dung semasa kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri Vietnam itu di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar bersama kedua-dua perdana menteri berkenaan selepas berakhirnya mesyuarat hubungan dua hala Malaysia-Vietnam, Najib berkata:
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Vietnam atas bantuan dalam misi SAR (mencari dan menyelamat) pesawat MAS MH370 baru-baru ini."
Terdahulu, dalam sidang akhbar yang sama, Tan Dung melahirkan rasa simpati kerajaan dan rakyat Vietnam atas insiden kehilangan MH370 dan berharap usaha mencari pesawat itu akan berjaya. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment