4 ditahan bantu siasatan kes culik di Semporna
KOTA KINABALU, JUMAAT, 04 April, 2014; Empat individu termasuk seorang wanita antara yang ditahan petang semalam bagi membantu siasatan kes culik membabitkan seorang pelajar China dan pekerja rakyat Filipina di Resort Singahmata, Semporna dekat sini malam semalam.
Mereka yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan di resort dan difahamkan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan terperinci masih giat dijalankan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment