My Add

Sunday 20 April 2014

Obama tiada rancangan bertemu Anwar

WASHINGTON, SABTU, 19 April, 2014: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tidak bercadang bertemu pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungannya ke negara tersebut pada 26 April ini.

Perkara itu disahkan oleh Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Susan Rice ketika ditanya AFP sama ada Obama akan meluangkan sedikit masanya untuk bertemu pemimpin pembangkang tersebut.

"Saya fikir Presiden tidak akan mengadakan pertemuan itu," kata Rice.

Dalam kunjungannya selama dua hari ke Malaysia, Obama bakal disambut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bakal menghadiri majlis makan malam rasmi.

Beliau turut dijangka melawat Masjid Negara sebelum bertemu pemimpin-pemimpin muda dari Asia Tenggara di Universiti Malaya pada 28 April ini.

Lawatan lapan hari Obama ke Asia akan bermula di Jepun sebelum singgah di Korea Selatan, Malaysia dan berakhir di Filipina.

Sementara itu, Rice berkata, lawatan Obama ke Asia Pasifik akan memberi tumpuan kepada manfaat ekonomi. - AFP/AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment