My Add

Friday 25 April 2014

Pas tetap bertegas laksanakan hudud

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

MACHANG, JUMAAT, 25 April, 2014: Kerajaan Pas Kelantan sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dengan pendirian untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini walaupun terus mendapat bantahan keras daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, Pas tidak akan sama sekali mengadaikan prisip dan perjuangan mereka selama ini untuk melaksanakan hudud semata-mata hanya ingin menjaga hati sesetengah pihak di dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata, hudud adalah perjuangan Pas dan parti itu tidak pernah mengkhinati pakatan pembangkang dalam soal ini.

"Sekali lagi saya ulangi, pakatan pembangkang hanya wujud selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri ini telah diluluskan. Ini (pakatan pembangkang) benda baharu. Mustahil sebab ada pakatan pembangkang, maka kita akan buang apa yang telah diluluskan.

"Kita harap apabila kepimpinan Pas bertemu DAP dan PKR bagi membincang soal ini (hudud) pendirian mereka itu akan berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Ilmu di Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Banggol Judah di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment