My Add

Friday 25 April 2014

PBB lindungi 22,000 pelarian Sudan Selatan

NAIROBI, KHAMIS, 24 April, 2014: Rundingan damai an­ta­ra kerajaan dan pemberontak di Sudan Selatan ditangguhkan sekali lagi kelmarin, ketika pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bergelut untuk melindungi kira-kira 22,000 orang awam di sebuah pangkalan di Bentiu.

Menteri Penerangan Sudan Selatan, Michael Makuei (gambar) berkata, rundingan damai yang diusahakan oleh sebuah pertubuhan serantau, IGAD Afrika Timur, ditangguhkan selama lima hari lagi sehingga 28 April ini.

"Pihak orang tengah, IGAD Afrika Timur memberi alasan mereka memerlukan lebih masa untuk menggerakkan rundingan tersebut," katanya.

Sementara itu, jurucakap PBB, Ste­phane Dujarric berkata, pangkalan pertubuhan dunia itu yang dilindungi seramai 500 anggota pengaman menjadi sasaran serangan roket dan jumlah penduduk yang berlindung di situ meningkat empat kali ganda sejak awal April lalu.

Peningkatan tersebut dipercayai ekoran tindakan ganas kumpulan pemberontak melakukan pembunuhan etnik besar-besaran di pekan Bentiu pada minggu lalu, walaupun kejadian itu dinafikan oleh pemberontak Nuer yang dipimpin oleh bekas Presiden, Riek Machar.

Serangan di Bentiu menyebabkan penduduk etnik Dinka di pekan Bor, negeri Jonglei, hari ini menyerang pangkalan PBB yang menjadi tempat perlindungan bagi kira-kira 5,000 orang awam, kebanyakannya etnik Nuer.

Kumpulan penduduk yang dilengkapi senjata itu pada mulanya berpura-pura mengadakan bantahan secara aman dan mahu menyerahkan petisyen sebelum melepaskan tembakan ke arah pangkalan PBB terbabit.

Kira-kira 58 orang terbunuh dan 98 orang lagi cedera, termasuk dua anggota pengaman PBB dari India dalam kejadian serangan tersebut. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment