My Add

Thursday 24 April 2014

Peguam ditemui mati cuba selamat anjing peliharaan

KOTA KINABALU, khamis, 24 April, 2014: Seorang peguam ditemui mati dipercayai akibat sesak nafas selepas cuba menyelamatkan tiga ekor anak anjing peliharaannya di dalam sebuah lubang di Kampung Pisang Babah, Penampang dekat sini semalam.

Jay Jeffrey Linjungan, 26, dipercayai lemas setelah terperangkap di dalam lubang sedalam hampir satu meter itu kira-kira lima jam, sebelum mayatnya ditemui adiknya Jay Jeffrey pada kira-kira 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP, Ratan Kumar Singh mengesahkan kejadian itu dengan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment