My Add

Thursday 24 April 2014

Tujuh warga Iran dipenjara 12 tahun miliki dadah

SHAH ALAM, KHAMIS, 24 April, 2014: Tujuh keldai dadah warga Iran, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki 3.02 kilogram (kg) dadah empat tahun lepas.

Kesemua mereka menyembunyikan 572 kapsul dadah jenis Methamphetamine itu di dalam perut mereka, di tandas Hospital Kajang dan Hospital Serdang, antara 24 Sept 2010 dan 28 Sept 2010.

Hakim Datuk Ghazali Cha memerintahkan tertuduh, Ebrahim Sattari Norouz, 37, Mohammad Pakdel Hamzeh, 37, Ahmad Ahmadi, 32, Ghader Shahmehrmosayyeb, 43, Vahed Khezri Ali, 26, Farhad Saberi, 39, dan Mehdi Behrouzi, 37, menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 24 September 2010.

Hakim Ghazali turut memerintahkan kesemua tertuduh diusir ke negara asal mereka selepas selesai menjalani hukuman penjara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment