My Add

Wednesday 23 April 2014

Pengayuh solo mulakan kayuhan ke KL

KOTA BAHARU, RABU, 23 April, 2014: Pengayuh solo, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, yang mencipta sejarah menjelajah seluruh Semenanjung selama 28 hari, Februari lalu, hari ini sekali lagi memulakan kayuhan solo dengan jarak sejauh 453 kilometer ke Kuala Lumpur.

Bezanya kali ini, datuk kepada 18 cucu itu ingin mencatatkan sejarah peribadinya ke ibu negara semata-mata mahu menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR), pada 30 April ini.

Wan Hashim bakal diiktiraf sebagai `Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia' oleh MBR dalam satu majlis khas.

Ketika ditemui sebelum memulakan kayuhan itu di rumahnya di Jalan Telipot di sini, Wan Hashim berkata oleh kerana pengiktirafan itu merupakan sejarah buat dirinya, maka beliau ingin menerima pengiktirafan itu dengan cara tersendiri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment