Pengusaha resort perlu pastikan pekerja miliki dokumen sah
KOTA KINABALU, SABTU, 5 April, 2014: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mahu pengusaha resort memeriksa dan memastikan setiap pekerjanya berdaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Masidi berkata, arahan untuk memeriksa setiap resort itu telah dikeluarkan Jumaat melalui pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah selepas menerima laporan bahawa terdapat pengusaha resort yang masih mempunyai pekerja yang tidak memiliki dokumen sah.
"Perkara seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama semua pengusaha resort di pulau-pulau pada awal tahun lalu iaitu setiap pengusaha perlu mengetahui latar belakang pekerjanya dan jika ia melibatkan pekerja asing perlu memiliki pas kerja yang sah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, malam tadi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment