My Add

Saturday, 5 April 2014

Malaysia sedia bincang cara tingkat kaedah Perhimpunan Agung PBB

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 April, 2014: Malaysia bersedia untuk membincangkan pelbagai cara dalam meningkatkan kaedah kerja Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menjadikannya lebih cekap.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff berkata, usaha meningkatkan kecekapan semata-mata adalah tidak mencukupi bagi memulihkan semula Perhimpunan Agung.

"Kami ingin menegaskan bahawa apabila hanya peranan yang sebenar sebagai pembuat dasar utama dan organ penetapan norma PBB dipulihkan, maka kita benar-benar boleh membuat kemajuan dalam mempergiatkan semula Perhimpunan Agung," katanya dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Ad Hoc Mengenai Pencergasan Perhimpunan Agung di New York, semalam. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment