My Add

Thursday 24 April 2014

Penjenayah cedera ditembak polis

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 April, 2014: Seorang penjenayah cedera ditembak polis dalam satu kejadian di kawasan Vista Komanwel c, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang ini, suspek cedera di lengan kanan selepas terkena dua das tembakan apabila cuba melanggar kenderaan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, suspek yang cedera menaiki kereta yang disamunnya di Bandar Kinrara 4, Bukit Jalil, pagi tadi.

"Rakan suspek yang menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz bagaimanapun bertindak menyerah diri selepas dikepong polis. Kereta yang dibawanya juga dipercayai kereta curi hasil kegiatan samun.

"Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment