My Add

Thursday 24 April 2014

Polis jamin keselamatan sempena lawatan Barack Obama

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 24 April, 2014: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari di negara ini, bermula Sabtu depan.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kehadiran mana-mana individu dari negara luar ke negara ini khususnya pemimpin negara pasti mendapat perhatian dan keprihatinan daripada pihak berkuasa.

"Kunjungan Presiden AS ke negara ini pastinya sudah mendapat perhatian dan saya yakin pucuk pimpinan PDRM sudah mengambil kira pelbagai faktor keselamatan berhubung perkara itu.

"Keprihatinan ini bukan ditujukan khas kepada beliau sahaja tetapi kepada mana-mana pemimpin negara lain yang membuat lawatan rasmi," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE  

No comments:

Post a Comment