My Add

Saturday, 5 April 2014

PM: AirAsia tiada pilihan perlu pindah ke klia2, LCCT tutup 9 Mei

Daripada RAMLI ABDUL KARIM

HANOI, SABTU, 05 April, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan, AirAsia tiada pilihan melainkan berpindah ke klia2 seperti yang dijadualkan dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pula tetap akan ditutup pada 9 Mei ini.

Namun, pada masa yang sama, katanya, kerajaan menerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sedia mendengar dan meneliti sebarang masalah atau isu-isu dibangkitkan daripada pihak syarikat penerbangan tambang murah itu.

"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu bunyinya seperti kenyataan yang sombong. Tetapi kalau mereka sebut ada sebab untuk keberatan berpindah dan ingin berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu lebih sesuai.

"Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teliti kalau mereka ada masalah. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah berdialog dengan kerajaan menerusi MAHB.

"Sepatutnya kalau ada masalah, dari dulu sudah dibangkitkan. Sekarang projek itu (klia2) sudah siap, tidak boleh kata tidak mahu berpindah. Mereka perlu berpindah," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment