My Add

Friday 25 April 2014

Polis tahan seorang lelaki, rampas dadah, pistol tiruan dan wang tunai

 JOHOR BAHRU, JUMAAT, 25 Aprril, 2014: Polis Johor percaya dapat menumpaskan sindiket pengedaran dadah berikutan penahanan seorang lelaki di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada 3.45 pagi selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan jenayah terbabit.

"Polis yang melakukan pemeriksaan menemui lima paket plastik lut sinar disyaki dadah bersama wang tunai RM8,945.

"Turut ditemui sepucuk pistol tiruan berserta sarungnya dan dua kotak peluru alas bebola," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai

rekod jenayah lampau namun didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut Mohd. Mokhtar, suspek kini ditahan reman dua minggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment