My Add

Friday 18 April 2014

Suhaizan nafi SMS, arah langkah mayat Karpal

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 17 April, 2014: Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kayat menafikan menghantar arahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp yang mengajak ahli dan pemuda parti itu ke upacara melangkah mayat Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Hospital Ipoh, Perak.

Katanya, arahan yang disebarkan itu dengan menggunakan namanya adalah tidak benar malah beliau turut mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan SMS dan WhatsApp kononnya ini merupakan arahan saya.

"Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik saya dan Pemuda Pas," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman fanpage Facebook Suhaizan Kayat hari ini.

Arahan tersebut disebarkan selepas berita kematian Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini dilaporkan di portal berita dalam talian.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda Pas Malaysia, Mohd. Nasaie Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor berhubung penyebaran SMS dan WhatsApp yang disebarkan atas nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu kerana Suhaizan difahamkan berada di Madinah. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment