My Add

Thursday, 3 April 2014

Terengganu masih runding pembelian 2 bas amfibia

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 03 April, 2014: Proses pembelian dua buah bas amfibia 'amphicoach' yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, pada dasarnya kerajaan negeri bersetuju dengan pembelian itu kerana kenderaan tersebut mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat.

"Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment