Muhyiddin gesa pelbagaikan bakat kakitangan awam
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 April , 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahbaikan sektor perkhidmatan awam akan melonjakkan Malaysia memasuki kelompok negara maju dan bersaing dalam era Bakat Terbuka.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, penekanan perlu diberikan untuk melahirkan pegawai yang mempunyai pelbagai kemahiran.
"Pengurusan bakat perlu dilihat dan diteliti menerusi perspektif yang berbeza serta kemampuan untuk menyumbang kepada keberhasilan yang negara perlukan.
"Kita bukan sahaja perlu sentiasa mengasah, bahkan mempelbagaikan bakat dan kebolehan seiring dengan transformasi perkhidmatan awam. Kini sektor awam perlu menjadi lebih dinamik, fleksibel dan pantas dalam memenuhi perubahan senario global," katanya dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Kementerian Pendidikan di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment