My Add

Saturday 19 April 2014

TKKMM diagih kepada dua negeri - Ahmad Shabery

 KEMAMAN, SABTU, 19 Aprril, 2014: Sebanyak RM352,258 hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) akan dibahagikan kepada dua negeri yang dilanda banjir teruk, awal Disember tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah kutipan TKKMM akan dibahagikan sama rata kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu dan Pahang dengan setiap negeri akan memperoleh sebanyak RM176,129.

Menurutnya, penerimaan orang ramai terhadap kaedah derma menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kini membuahkan hasil positif dan mendapat sambutan mengalakkan.

"Kita sedar ada orang nak beri sumbangan tetapi tidak tahu saluran manakah yang sesuai dan memudahkan mereka. Justeru, kita telah lancar dan perkenalkan kaedah kutipan derma menerusi SMS ini bermula dengan bantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina November tahun lalu dan ia dilihat memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kutipan wang TKKMM berkenaan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan wakil negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin yang juga Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri dalam majlis ringkas di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment