My Add

Saturday 19 April 2014

Remaja perempuan meninggal dunia disimbah asid di Penampang

 * BEBERAPA anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan di lokasi kejadian simbah asid dekat Penampang, Sabah pagi hari ini. - KOSMO!/ROSMAWATI SALIHIN
KOTA KINABALU, SABTU, 19 Aprril, 2014: Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia pukul 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.

"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali pada kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Tambahnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment