My Add

Wednesday 16 April 2014

Wujud institusi pendidikan bidang keselamatan di Lahad Datu

 KOTA KINABALU, RABU, 16 April, 2014: Institusi pendidikan berasaskan bidang keselamatan dicadang diwujudkan di Lahad Datu iaitu lokasi pencerobohan sekumpulan pengganas dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohd. Yusop Apdal berkata, antara institusi yang boleh dipertimbangkan untuk diwujudkan adalah Akademi Kepolisan, Maktab Tentera, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Akademi Keselamatan Marin, Kolej Oseanografi atau Akademi Laut.

"Unjuran daripada pewujudan institusi bersifat akademik dan latihan ini kelak sudah tentu keseimbangan pembangunan negeri Sabah dapat direalisasikan kerana kita sedia maklum telah wujud cawangan-cawangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pusat latihan di Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Tuaran, Kudat, Ranau, Sandakan dan Tawau," katanya ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment