Yussibnosh angkat sumpah sebagai ADUN Balingian
KUCHING, JUMAAT, 04 April, 2014: Yussibnosh Balo hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian di hadapan Speaker, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Majlis disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Yang turut hadir, isteri Adenan, Puan Sri Datuk Jamilah Anu; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohd. Morshidi Abdul Ghani dan beberapa menteri dan timbalan menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Yussibnosh, 48, seorang bekas pegawai daerah memperoleh 8,194 undi dalam Pilihan Raya Kecil Balingian pada 29 Mac dengan majoriti 6,911, berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Jalil Bujang yang mendapat 1,283 undi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment