Kerajaan Pusat, Pas Kelantan bekerjasama tarik pelabur
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, SABTU, 03 Mei, 2014: Sebuah jawatankuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan untuk mempromosikan negeri ini bagi menarik pelaburan dan meningkatkan sektor perindustrian telah ditubuhkan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jawatankuasa yang diketuai oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu turut disertai Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Beliau berkata, ia merupakan usaha khusus yang dilakukan oleh pihaknya untuk menarik pelaburan yang selama ini tidak berkembang dengan cergas disebabkan beberapa kekangan.
"Jawatankuasa ini akan mencari jalan bagaimana kita boleh mempromosikan Kelantan. Saya sudah membawa beberapa kumpulan minggu lepas, seperti Duta Singapura ke Kelantan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Hari ini Duta Korea Selatan bersama 12 buah syarikat seperti Samsung melawat Kelantan, kita tahu ini satu tugas yang mencabar tetapi kita akan buat yang terbaik," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment