My Add

Thursday 29 May 2014

Pilihan raya Presiden Mesir 'hambar'

KAHERAH, KHAMIS 29 Mei, 2014: Pilihan Raya Presiden Mesir yang dilanjutkan buat hari ketiga semalam dilihat gagal menarik pemilih untuk membuang undi mereka, sekali gus bakal mengancam kredibiliti bekas ketua tentera negara ini, Abdel Fattah al-Sisi, yang merupakan calon popular untuk memenangi pemilihan itu.

Seorang anggota jawatankuasa pilihan raya Mesir, Tareq al-Shibl dipetik oleh akhbar al-Ahram sebagai berkata, lebih 21 juta pengundi membuang undi mereka atau hampir 39 peratus daripada 54 juta pengundi berdaftar.

Statistik itu sekali gus kurang daripada 40 juta undi atau 80 peratus undian sebagaimana yang diharap Abdel Fattah pada minggu lalu.

Jumlah keluar mengundi yang rendah itu mengancam untuk melemahkan kredibiliti Abdel Fattah sebagai pemimpin negara dunia Arab yang mempunyai ramai penduduk itu serta mengandaikan kegagalan Abdel Fattah meraih sokongan rakyat. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment