My Add

Friday 30 May 2014

Kes rogol: 4 lagi suspek ditahan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB dan YATIMIN ABDULLAH

 * TIGA beranak antara sembilan suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol oleh 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid
PASIR MAS, KHAMIS 29 Mei, 2014: Polis menahan empat lagi suspek termasuk seorang bapa bersama dua anak lelakinya bagi membantu siasatan berhubung kes dua pelajar dirogol oleh 38 lelaki di sebuah rumah di Ketereh di sini, pada 20 Mei lalu.

Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut adalah sebanyak 14 orang.

Bapa dan dua anaknya berusia antara 15 hingga 38 tahun tersebut ditahan di sekitar Ketereh pada pagi semalam manakala seorang lagi berusia 20-an, juga di kawasan berdekatan, pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng memberitahu, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini terhadap empat yang ditahan terbabit dan enam lagi individu yang ditahan sebelum ini.

Menurut beliau, empat lagi yang ditahan kelmarin, telah pun direman selama enam dan tujuh hari bermula semalam.

"Seorang gadis berusia 17 tahun yang merupakan antara 14 yang ditahan itu juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini, kerana mendakwa dirogol.

"Polis kini memburu saki-baki suspek terlibat untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang akhbar di IPD Pasir Mas, di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan rakannya berusia 17 tahun menjadi mangsa 'kenduri seks' oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini.

Berikutan itu, polis menahan seramai 10 individu di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek, Ketereh di sini pada kelmarin dan awal pagi semalam.

Mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh, kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment