My Add

Friday 30 May 2014

Enam angkat sumpah Ahli Dewan Negara hari ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT 30 Mei, 2014: Seramai enam orang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Dua daripada mereka merupakan pelantikan baharu iaitu Timbalan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohamad Yusoff dan bekas Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah.

Empat lagi yang mengangkat sumpah sebagai Senator bagi penggal kedua adalah Datuk Yunus Kurus, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Datuk Chin Su Phin dan Norliza Abdul Rahim. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment