My Add

Thursday 29 May 2014

Jangan bimbang keluar mengundi - Bakri

TELUK INTAN, KHAMIS 29 Mei, 2014: Pihak polis memberi jaminan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Sabtu ini akan berjalan lancar dan selamat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Mohd. Zinin sehubungan itu meminta 59,927 pengundi di kerusi Parlimen itu untuk keluar mengundi tanpa perasaan bimbang.

"Persedian kita adalah rapi. Kita mengharapkan kepada pengundi untuk keluar mengundi dan jangan takut dengan keselamatan. Kita akan pastikan penggundi tidak diganggu dan dapat menjalankan kewajipan masing-masing," kata beliau.

Bakri bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Assisten Komisioner Goh Kok Liang di ibu pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment