My Add

Friday 30 May 2014

Dua beranak maut dihempap pokok sawit tumbang

TAIPING, JUMAAT 30 Mei, 2014: Dua beranak yang sedang menunggang motosikal maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang dalam kejadian di Batu Hampar berhampiran kilang sawit Awan Timur di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, S. Mogandas, 37, dan anak lelakinya, M. Sivabalan, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat dua beranak tersebut dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment