My Add

Thursday 29 May 2014

Masyarakat Islam dunia terkejut

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, RABU 28 Mei, 2014: Kes coklat Cadbury yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi RABU(porcine) bukan saja menjadi isu besar di negara ini malah di negara majoriti umat Islam lain termasuk Indonesia dan Brunei di samping mendapat perhatian masyarakat di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Mereka rata-rata terkejut dengan penemuan DNA babi tersebut dan kebanyakannya menyatakan hasrat memboikot produk Cadbury memandangkan syarikat berpangkalan di London itu dilihat mengambil mudah sensitiviti agama Islam yang mengharamkan unsur-unsur babi dalam pemakanan.

Di Indonesia, pengguna Facebook menyifatkan kes melibatkan coklat Cadbury di negara ini sebagai rujukan kepada rakyat republik itu agar lebih berwaspada dalam memeriksa dahulu sebelum membeli produk syarikat berkenaan.

Pengguna Facebook, Yoedi Karyono menulis, umat Islam Indonesia perlu memilih produk makanan yang terjamin status halalnya dan berhenti membeli produk import jika statusnya meragukan.

"Produk sama jenis masih banyak di pasar raya. Pilih makanan dan minuman yang halal. Insya-Allah selamat di dunia dan akhirat. Berhenti makan dan minum produk import jika kehalalannya meragukan," katanya.

Sebuah blog Islamik Indonesia, Arrahmah.com bertanyakan kepada pembacanya: "Cadbury diboikot di Malaysia, bagaimana di Indonesia?"

Di Brunei, pengguna Internet negara tersebut meluahkan kekecewaan mereka terhadap Cadbury yang tergamak menjual coklat yang tercemar itu kepada umat Islam di negara ini dan pada masa sama, meminta syarikat berkenaan menghentikan penggunaan mesin membuat coklat di semua kilangnya.

Seorang pengguna Facebook dari Brunei, IbnuZimah Iz berkata, bukan sahaja coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikhuatiri mempunyai DNA babi tetapi mungkin kesemua produk Cadbury tercemar jika proses pembuatan coklat itu menggunakan mesin sama.

"Bukannya yang dua jenis coklat itu sahaja yang mempunyai babi, masalahnya mesin yang digunakan bagi membuat macam-macam jenis coklat Cadbury itu pun 'confirm' dah terpalit DNA babi," katanya pada laman Facebook Brunei fm hari ini.

Pandangan IbnuZimah Iz itu disokong Lieza MonaLisa Lee yang berkata, tidak mustahil coklat jenama lain turut dicemari DNA babi berkenaan memandangkan Cadbury yang diketahui mempunyai logo halal sekalipun terdedah dengan unsur-unsur tidak halal.

"Sebagai contoh di Dubai, coklat-coklatnya murah dan terdapat sebuah kedai di sana yang menjual coklat sama tetapi dilabelkan tidak halal, nasib tidak beli di Dubai ketika itu," katanya.

Dalam pada itu, masyarakat di Barat turut menyatakan sentimen menentang Cabdury terutama selepas diambil alih oleh konglomerat gergasi, Kraft Foods pada 2010.

"Saya sudah tidak membeli dan memakan sebarang produk Cadbury sejak syarikat itu dibeli Kraft Foods," ujar pengguna Facebook dari London. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment