My Add

Friday 30 May 2014

'Ping' didakwa bukan dari MH370

 *GAMBAR fail pada 13 April lalu menunjukkan seorang pembantu juruterbang pesawat P-3K2-Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand membantu mengesan objek dalam operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.- REUTERS
WASHINTON, KHAMIS 29 Mei, 2014: Bunyi isyarat akustik ping yang didengar dalam operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang dipercayai berasal daripada sumber buatan manusia yang lain, kata seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) kepada saluran televisyen CNN kelmarin.

Pegawai berkenaan, Michael Dean berkata, beliau sangsi tentang bunyi ping yang menjadi asas pencarian pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada Mac 8 lalu.

Dean memberitahu, isyarat ping itu mungkin dipancarkan oleh kapal yang mencari penerbangan tersebut.

Namun, satu kenyataan rasmi Tentera Laut AS menolak kenyataan Dean yang disifatkan sebagai spekulasi dan terlalu awal.

Dean juga sebelum ini memberitahu CNN bahawa jika isyarat ping itu berasal daripada pesawat MH370, pasukan-pasukan mencari pasti menemui pesawat hilang tersebut.

Beliau juga mengesahkan bahawa negara-negara lain turut mencapai rumusan yang sama.

Dalam pada itu, Australia semalam menolak sebahagian besar Lautan Hindi sebagai lokasi terakhir persemadian pesawat MH370 selepas usaha mencari di dasar laut gagal menemui serpihan pesawat hilang itu. - Agensi/KOSMO!

No comments:

Post a Comment