My Add

Friday 30 May 2014

Dagangan dengan Australia positif

SHAH ALAM, KHAMIS 29 Mei, 2014: Hubungan dagangan dua hala antara Malaysia dan Austria dijangka berkembang berdasarkan peningkatan positif sebanyak 20 peratus pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, pada tahun lalu, hubungan dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM2.02 bilion, iaitu meningkat sebanyak 20.1 peratus dengan nilai eksport RM474.5 juta dan nilai import RM1.55 bilion

"Gaya positif ini akan meningkatkan lagi hubungan dagangan dua hala dengan peningkatan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebanyak 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

"Pertumbuhan positif ini akan turut mencatatkan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini berbanding FDI yang dicatatkan oleh syarikat Austria di negara ini sebanyak RM61.15 juta pada 2013," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan produk sistem acuan pembinaan berteknologi tinggi, Doka OneGo yang dimiliki oleh sebuah syarikat Austria, Doka Formwork Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Doka Malaysia, TG Lim dan Pengarah Serantau Asia Timur dan Pasifik, Gerold Heinrich.

Sementara itu Hamim memberitahu, sektor pembinaan terus mengalami pertumbuhan dua angka kepada 10.9 peratus pada 2013.

"Melalui pelancaran teknologi ini, syarikat pembinaan di negara ini akan mengurangkan penggantungan kepada khidmat pekerja asing.

"Ini akan memudahkan kerja pembinaan dan mengurangkan kos pembinaan serta selamat untuk industri pembinaan dan kejuruteraan di negara ini," katanya.

Dalam pada itu Lim berkata, kerajaan telah memaklumkan pelaksanaan pembinaan lebih banyak rumah kos mampu milik.

"Teknologi ini adalah pilihan yang tepat berikutan kos efektif dan selamat. Selain itu, syarikat juga akan terlibat dalam projek pembangunan perumahan jenis itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment