My Add

Thursday 29 May 2014

Thailand bebas pemimpin baju merah

BANGKOK, KHAMIS 29 Mei, 2014: Kerajaan junta Thailand semalam membebaskan pemimpin-pemimpin pergerakan kumpulan 'Baju Merah' yang menyokong bekas kerajaan yang digulingkan selepas tentera merampas kuasa pada minggu lalu.

Pengerusi pergerakan itu, Jatuporn Prompan yang merupakan antara pemimpin yang dibebaskan berkata, mereka telah diberi 'layanan yang baik oleh tentera'.

Sementara itu, pengguna laman sosial Facebook di Thailand berdepan saat panik selepas mereka gagal melayari laman tersebut buat beberapa ketika, namun ia dinafikan tentera dengan perkhidmatan tersebut kembali seperti sedia kala tidak lama kemudian. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment