My Add

Thursday 29 May 2014

Pencarian MH370 tetap diteruskan - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS 29 Mei, 2014: Misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu akan tetap diteruskan dan kerajaan tidak akan lari daripada tanggungjawab tersebut.

Demikian penegasan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditemubual secara eksklusif oleh wartawan penyiaran China Central Television (CCTV), James Chau di Beijing semalam.

Malah Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan khususnya kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370, untuk meneruskan komitmen berkenaan.

``Saya tidak boleh lari daripada tanggungjawab itu. Bagi pihak keluarga saya, bagi pihak kerajaan, bagi pihak rakyat Malaysia, pencarian ini akan diteruskan. Saya sendiri masih berhubung dengan ahli keluarga terbabit. Saya beri jaminan kepada mereka, saya tak akan lari (daripada tanggungjawab mencari MH370,'' katanya.

Beliau kini berada di China bagi mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu.

Lawatan tersebut bersempena ulang tahun ke-40 jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment