My Add

Friday 30 May 2014

Siew Keong mahu bawa lebih banyak pembangunan untuk Teluk Intan

TELUK INTAN, KHAMIS 29 Mei, 2014: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan menggunakan segala peluang yang ada untuk membawa lebih banyak projek pembangunan ke kawasan ini sekiranya memenangi pilihan raya kecil Sabtu ini.

Jelas Siew Keong, perkara itu termasuklah menggunakan peluang daripada kedatangan ramai menteri Kabinet sepanjang kempen pilihan raya berlangsung sejak 19 Mei lalu.

Jelasnya, setakat ini, permintaannya mendapat respon baik daripada mereka yang berjanji untuk melihat segala ke-perluan yang diminta oleh penduduk.

"Ini adalah PRK bukannya pilihan raya umum. Jadi sejak selepas penamaan calon lagi, ramai pemimpin kerajaan telah turun ke sini untuk membantu kempen saya.

"Kesempatan itu saya gunakan bagi bincang apa impian saya untuk pengundi di sini. Apa yang saya mahu bawa dan tawarkan untuk mereka pada masa depan jika saya dipilih jadi Ahli Parlimen. Antaranya, saya mahu buat benteng banjir, bina universiti dan senaraikan Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

"Nampaknya, 'bisik-bisik' saya ke telinga mereka itu mendapat respon yang baik," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Gerakan Teluk Intan di sini hari ini.

Tambahnya, semua rancangan projek tersebut memerlukan peruntukan yang banyak untuk dilaksanakan.

"Apa yang saya janji dalam manifesto, bukan saya cakap suka-suka tetapi setelah merujuk terlebih dahulu dengan pihak yang terlibat.

"Yang penting saya mahu terus bekerja untuk rakyat di sini, bawa pembangunan sebanyak yang mungkin. Semangat saya sangat tinggi untuk merealisasikan semua perkara tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment