My Add

Monday 26 May 2014

MERS-CoV: Tiada halangan ke Asia Barat

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG, ISNIN 26 Mei, 2014: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang baru pulang atau akanmengadakan perjalanan ke negara Asia Barat mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelak jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tiada halangan yang dikenakan kerajaan terhadap mereka yang ingin mengunjungi negara-negara Asia Barat setakat ini, namun pemantauan lebih serius termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikuatkuasakan.

Sehubungan itu, tambah beliau, mereka yang akan berlepas ke negara Asia Barat dinasihatkan mengambil langkah keselamatan seperti menggunakan topeng penutup hidung dan kerap mencuci tangan sepanjang berada di sana.

"Sekiranya mempunyai tanda-tanda demam, batuk, selesema atau simptom-sindrom berkenaan, mereka yang terlibat diminta segera mendapatkan rawatan di hospital berhampiran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kebudayaan India di Batu Maung di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment