Penjawat awam terlibat perhimpunan boleh dikenakan tindakan
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka semalam boleh dikenakan tindakan berdasarkan pekeliling yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, penjawat awam boleh dikenakan tindakan amaran sehinggalah dibuang kerja.
``Penjawat awam tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana perhimpunan untuk menentang dasar kerajaan.
``Bukankah mereka ini sudah berikrar akan melaksanakan agenda kerajaan,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 864 kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment