My Add

Saturday, 3 May 2014

Suami kurung isteri, anak dalam rumah

TELOK KEMANG, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Seorang suami bertindak mengurung isteri dan anak perempuannya selama hampir sembilan jam di rumah wanita itu di Chuah, dekat Port Dickson semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi selepas lelaki itu tidak diberi keizinan untuk membawa keluar anaknya yang berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, wanita berusia 32 tahun itu kemudian mengunci pintu daripada dalam kerana enggan membenarkan suaminya membawa anak perempuan mereka menaiki keretanya.

Beliau berkata, berang dengan perbuatan isterinya, lelaki itu membeli satu kunci baharu dan mengunci isteri serta anaknya dari luar.

“Mangsa telah menghubungi dan memujuk suaminya untuk membuka pintu yang dikunci tetapi gagal. Dia juga tidak dapat keluar menerusi tingkap kerana semuanya berjeriji.

“Dia akhirnya menghubungi polis pada pukul 4 petang untuk meminta bantuan dan sepasukan anggota polis datang 15 minit kemudian untuk membantu membuka pintu," katanya.

Menurut beliau, pihaknya kini menyiasat kejadian mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah dan setakat ini masih belum membuat sebarang tangkapan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment