My Add

Monday 26 May 2014

Tempahan penerbangan MAS berupaya pulih

PETALING JAYA, ISNIN 26 Mei, 2014: Walaupun terjejas oleh peristiwa kehilangan pesawat penerbangan MH370, namun Malaysia Airlines (MAS) berupaya pulih dari segi tempahan, terutamanya bagi perjalanan dalam Asia Tenggara, Australia dan New Zealand dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pengarah Komersialnya, Dr. Hugh Dunleavy berkata, prospek bagi pasaran China terus konservatif ekoran peristiwa kehilangan pesawat MH370 itu tetapi syarikat itu tidak akan mengetepikan pasaran itu.

Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa pemegang-pemegang saham syarikat penerbangan nasional itu, terutamanya Khazanah Nasional Bhd, serta pemilik kepentingan lain, sedang mengadakan perbincangan tentang struktur kos syarikat itu, dengan tujuan menjadikannya sebuah entiti yang menguntungkan.

Ditanya sama ada ini termasuk menjadikan Malaysia Airlines syarikat persendirian, meniadakan beberapa unit seperti kejuruteraan dan mengkaji semula operasi, serta kontrak makanan dan minuman jangka panjang, beliau berkata: "pemilik kepentingan tidak akan mengecualikan suatu apa jua."

Mengenai rancangan pemulihan syarikat penerbangan itu yang, melaluinya MAS dijangka kembali mencatatkan keuntungan menjelang akhir tahun, beliau berkata ini akan "lewat kira-kira setahun". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment