Undang-undang sedia ada mampu tangani ancaman militan
KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Mei, 2014: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yakin undang-undang negara sedia ada mampu menangani ancaman kumpulan militan yang mula menular di Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, undang-undang berkenaan bertambah kukuh setelah pindaan dibuat terhadap Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa baru-baru ini, selain prosedur khas untuk mencegahnya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Kita telah memberkas 11 anggota kumpulan militan yang kita percaya memberi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman negara.
"Ada beberapa lagi sasaran yang sedang kita pantau, dan kita akan tangkap (mereka) sedikit hari lagi," katanya dalam sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan anak-anak muda supaya tidak terpengaruh dengan ajakan pihak tertentu untuk menyertai kumpulan militan mereka. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment