My Add

Monday 26 December 2011

100 pusat kawalan KRT hampir siap

KOTA BHARU, ISNIN, 26 Disember, 2011: Sebanyak 100 buah pusat kawalan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara yang kini dalam proses pembinaan dijangka siap tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan berkata, mengikut perancangan awal pusat tersebut akan dibina sebanyak 300 buah tetapi disebabkan kekangan tapak, maka jumlahnya terpaksa dikurangkan.

Menurut beliau, pembinaan pusat tersebut sebagai galakan daripada pihak kerajaan dan dijangka memantapkan lagi operasi ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

“Pusat kawalan dibina dengan harga RM70,000 seunit dan dilengkapi dengan segala kemudahan bagi memberikan keselesaan kepada anggota SRS yang bertugas.

“Selain membina pusat kawalan, kita akan membekalkan alat perhubungan seperti walkie talkie kepada anggota SRS untuk memudahkan komunikasi,” katanya. - UM


No comments:

Post a Comment