My Add

Saturday 3 December 2011

125,709 makanan import telah jalani ujian keselamatan

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Disember, 2011:
SEBANYAK 125,709 makanan impot telah menjalani ujian Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Fosim) sehingga Ogos lepas, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sembilan peratus makanan telah diambil sampel untuk analisis dan hasil keputusan mendapati 1.1 peratus daripada makanan berkenaan melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Bagi makanan keluaran tempatan pula, sejumlah 41,518 sampel makanan telah diambil untuk analisis sehingga bulan Sept lepas dan hasil keputusannya mendapati 4.9 peratus daripada jumlah itu telah melanggar peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Chiropractic dan Perubatan China 2011 - Ubat Sampingan dan Tradisional dalam Penjagaan Kesihatan Bersepadu: Penyakit Tidak Berjangkit di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Bukit Jalil di sini, hari ini.

Tiong Lai berkata, kementerian telah menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap 30 syarikat pembekal produk makanan KR1M dan mengambil 93 sampel makanan dari 43 produk makanan KR1M untuk dianalisis dan mendapati 13 produk makanan itu tidak mematuhi Peraturan-peraturan Makanan 1985. — Bernama

No comments:

Post a Comment