My Add

Saturday 3 December 2011

Dana Industri Kreatif KPKK masih berbaki RM60 juta

GEORGE TOWN, SABTU, 03 Disember, 2011: PENGIAT industri kreatif masih boleh memohon Dana Industri Kreatif, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang kini masih berbaki RM60 juta.

Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan kementerian berkenaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi berkata, sebanyak RM200 juta diperuntukkan di bawah dana itu sejak tahun lalu, yang terbuka kepada penggiat perfileman, pertukangan, muzik, lukisan, penulisan dan seni tampak.

"Pihak kementerian komited membangunkan industri seni kreatif negara berikutan wujudnya penggiat seni tanah air kita yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa sebagai contoh syarikat penerbitan Les Copaque dan KRU.

"Justeru diharapkan dana ini dapat dimanfaatkan oleh para penggiat seni kreatif negara bagi mengetengahkan produk kreatif mereka di samping mempromosikan budaya tempatan ke peringkat global seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya selepas merasmikan Program Creative Malaysia sempena Festival Jazz Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdapat enam dana yang disediakan kementerian dalam program ini dan antaranya Pinjaman Dana Industri Kreatif, Dana Pembangunan Industri Kreatif, Dana kesan khas CGI, Dana Filem Cereka Animasi, Skim Bantuan Kebudayaan dan Tabung Kebajikan Penggiat seni. — Bernama

No comments:

Post a Comment